Friday, May 17, 2013

Sampah punya pasal...

     Kalau bab kitar semula barang memang aku tak berapa rajin sangat nak ambil pot. Tong sampah pun satu ja kat luar tu. Tapi selalunya aku asingkan botol2 plastik/tin dalam beg sampah yang lain dan sisa2 makanan plak dalam beg plastik yang lain. Jadi bila aku buang yang mana beg plastik ada sisa2 makanan akan aku letakkan dalam tong sampah dan yang mana ada tong2 plastik/tin aku ltkkan di luar tong sampah sebab aku tahu tiap2 pagi mesti ada seorang  perempuan cina tua akan cari barang2 kitar semula ni. Jadi sebab tu aku asing2kan plastik sampah. Sebab pertama aku tak nak dia selongkar tong sampah tu dan kedua nak tolong dia. Aku tahu selain perempuan cian tua tu ada seorang lagi perempuan asli yang selalu duk kutip tong2 plastik ni. Semalam aku ltk satu kotak kertas kat sebelah tong sampah tu, dalam kotak tu cuma ada kertas2, plastik dan polistren. Pagi esoknya aku tgk kertas2 dan plastik2 dalam kotak tu dah berterabu kat luar. Kalau kerja hanjing sekali pun aku rasa mustahil sbb tak ada makanan pun dalam tu. kotak tu plak elok ja xder kesan gigit siap elok bertutup cuma isi dalam kotak tu bersepah keluar. Jadi aku rasa ni mesti kerja aunty tu ataupun perempuan asli. Aku bengang jugak la sbb tak pasal2 aku kena kutip sampah2 yang berterabu tu. Dari niat aku elok2 nak tolong dorang last2 dorang buat camni plak sepah2 kan sampah. Even kalau nak cari botol/tin sekalipun jangan la sepah2kan sampah tu. Saya mahu tolong you tapi you pun tolong saya juga la. Jangan kasi sepah itu sampah! Saya tak marah sakit hati ja.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.